iklan

Wednesday, April 20, 2011

Kucing yang terbuang.....CUIT

Best Blogger Tips
masa ni dia tengah jilat badan dia pastu aku ambik handphone snap gambar dia, tu yang muka terkejut je...'CUIT PEROT BONCIT'

Entry kali ni untuk kucing bernama Cuit. Cuit ni sebenarnya kucing buangan hehehe.....jangan salah faham. Kawan kepada mr. Azam iaitu tuan pertama Cuit baru dapat baby, dan dia minta kitorang tolong jaga Cuit selama setahun sementara anak dia besar sikit, dia ambik balik Cuit. Cuit kali pertama datang rumah, kucing paling sombong dan dengan Oggie asyik bunyi macam ular tedung je selama berbulan-bulan jugakla. Oleh sebab dia tak boleh baik langsung dengan Oggie, dia kena kurung dalam cage jela. Cuit memang stress dan boleh nampak dari sinar mata dia, dia memang tak suka pindah ke rumah kami.


 Setiap hari dia murung je takut gak sebab kucing pun boleh depress, aku agak masa ni dia memang rindu gila kat tuan dia. Dia ni kucing yang bijak, kalau kita cakap dengan dia.....dia memang pahamla. Mesti dia tak paham sebab apa tuan dia buang dia dah tu si Oggie ni selalu dok menyibok tepi cage dia sebab Oggie xcited dapat kawan baru. Setiap masa Oggie akan perhatikan Cuit dalam cage....muka pun teruja habisla macam dalam gambar ni. Tak tahan dah tengok muka dia cenggini setiap hari tengok Cuit...tu yg snap muka aksi teruja hehehe.....


sampai tersandar tepi dinding...dah penat gamaknya

 Memandangkan Cuit dah semakin selesa dan tak buat bunyi 'tedung' kat Oggie, kami pun lepaskan dia keluar berkawan dengan Oggie. Walaupun dia dah selesa dengan Oggie tapi dia tetap tak boleh terima kami....setahun lebih gak kami tak boleh sentuh dia apatah lagi kalau nak dukung dia




Kalau dah boleh tido macam ni memang confirm la dah tak depress lagi




Tengok...kan dah boleh berkawan pun, siap jadi best friend forever lagi. Dulu kemain buat malu2 kucing...haha nama pun kucing


Kemana saja mesti bersama....makan bersama...tido bersama....dah la dua2 betina

Kucing acrobatic

Ni kat RnR tuan nak balik kampung nun jauh kat utara....takkan nak tinggalkan hampa dua ekoq dok rumah plak kan. Driver berenti makan jap....anak2 'ying yang' ku duduk bebaik ye dalam tu jangan stress2


Lebih setahun jugak la Cuit bersama kami, dia tak boleh dipegang langsung. Last2 aku try slow talk dengan dia sambil merenung ke anak mata dia yang cantek tu, aku cakap "Cuit...apasal Cuit tak boleh get along lagi dengan kami?kan kami yang bagi makan Cuit, sedia tempat berak n tempat tidoq 1st class punya. Boleh tak terima kami sebagai tuan Cuit?"Percaya atau tidak....believe it or not! lepas slow talk dengan dia macam tu, dia dah boleh dipegang malah boleh dibelai dan percaya lagi! aku boleh dukung dia selama 2 minit je limit dia bagi...ok la kan dari sebelum ni. Aku pun hairan gak dengan situasi macam ni, terus aku godek2 mr. gogo cari maklumat pasal manusia bleh ke cakap dengan haiwan..then terjumpa la link yang menarik ni.

















Lepas beberapa seketika, masing2 dah gatal nak kawin....kami pun carikan jodoh yang sesuai buat 2ekoq ni. Jantan yang bernama Bobo berketurunan persian menjadi pilihan, maka bermadula 2 ekoq ni selama seminggu je. Hasil hidup bermadu dengan Bobo, Cuit dikurniakan cahayamata seramai 6ekoq....sekoq mati sebab Cuit tak susukan dan sekoq mati semasa proses kelahiran. Agak2 sapa bidan diorang?mestila mr. azam yang membidankan 2ekoq ni beranak.

No comments:

Post a Comment