iklan

Thursday, April 21, 2011

Kucing Jalanan yang Comot bernama 'Bunga'

Best Blogger Tips

Bunga adalah kucing yang aku jumpa kat rumah kakak aku. Masa tu dia umur dalam 2 bulan. Kakak dan abang ipar memang suka kucing tapi kucing tak dibenarkan masuk dalam rumah sebab anak buah alegik dengan kucing. Diorang akan sentiasa letak makanan kucing kat luar. Kucing-kucing jiran dengan kucing liar pun tak putus berkunjung ke rumah diorang sebab sentiasa ada makanan. Kucing-kucing yang bertandang semuanya beradap sebab tak berak pun kat halaman rumah, kucing sekarang dah cerdik. Ok berbalik kepada Bunga ni, diala satu2nya kucing paling kecik....dia langsung tak takut dekat kucing2 besar, comel tapi comot. Bulu dia dah melekit dengan minyak hitam, comot sangat tapi garang dengan kucing2 yg lain tak padan kecik. Sebab kagum dengan keberanian dia dan color oren yang cantek tu, aku rembat masuk dalam kotak hehehe. Aku tanya dulu kakak aku kucing sapa, dia kata kucing liar takdak tuan. Masa tu aku berharap sangat Bunga ni jantan leh jadi otai kepada Oggie dan Cuit tapi huhuhu dia betina jugak.
Rupa Bunga masa mula-mula datang....dia ni bukannya reti takut dengan Oggie n Cuit, yang si Cuit ni dok buat bunyi tedung kat dia, Bunga buat dek je xlayan langsung kat Cuit hahahaha.....

Inilah rupa budak baru lepas mandi...senang je nak mandikan dia, just mandi dalam sinki je sb kecik lagi besar tapak tangan je

Masa ni walaupun dia buat dek depan semua orang dan kucing tapi sapa tau gelodak dalam hati dia kan....setiap kucing mesti takut bila keadaan baru disekeliling dia


Dah mandi cantek2 bau pun wangi...kenyang makan....terlentokla atas riba orang. Nyenyak je kau tido sayangku

Time makan lak kami bagi dia makan nasi gak sikit campur dengan biskut sebab dia dah biasa makan nasi sebelum ni kan so pelan2 la changing


Bunga cepat je membesar bagaikan juara...dialah buah hati kesayangku kini hahaha....
Oggie dengan Cuit dah jadi anak kesayangan mr. azam kan



Bunga sangat aktif dan paling banyak akal. Memang dengar ramai orang cakap kucing kampung ni lebih cerdik berbanding kucing jenis persian ni. Mana tak cerdiknya, kami kurung dia dlm cage tetiba dia pandai bukak selak kt cage tu sendiri dan lepas keluar. Kalau dia nk masuk bilik, dia akan panjat meja tepi tombol pintu dan dia akan tolak tombol pintu sampai terpusing. Bila dok dalam bilik pagi2, dia akan perhatikan aku siap nak p keja...dia nampakla aku dok tolak tarik pintu almari ambik baju. Agak aku khusyuk bermake-up, dia akan tolak pintu almari dengan badan dia sampai pintu tu terbuka. Lepas tu aku tercari2 la dia, macam mana tah rasa nak ambik barang dalam almari tetiba dia dok seketoi dalam almari diam je sambil mata terkebil2 pandang aku. Konon macam puss dalam cita shrek


Bunga suka minum susu lepas makan iams
Bergurau senda dengan kakak Oggie, dia macam biasala kucing lain yang cuak dekat dia walaupun baru kitten
Menguap tak sedar diri

Badan banyak sangat hama dan kutu so, takleh jilat badanla sebab dah letak racun kat bulu tu

Kucing banyak akai macam nila tiru aksi manusia berbaring

Cuit jealous je nak naik atas riba jugak. Bila Bunga dah naik tido atas riba kucing lain memandang je dengan sayunya hehehe....

Bab tengok tv diala no.1 barisan paling hadapan....sungguh menghayati watak dalam tv tu

Orang dah sedia air dalam bekas air kucing, dok cari air dari sumber lain jugak


Inilah gaya tak sedar diri dah gemuk tapi berusaha masuk dalam celah bedah tu

Tak sangka aku cepatnya dia dah jadi gemuk....panggilan sekarang 'Dak Mok'

Tido atas riba mr. azam
Dia ni jealous dok tengok Oggie dan Cuit dok menyusukan anak masing2, bila Oggie dan Cuit keluar, dia lak nak menggantikan tempat

We are happy family

Aku dan Bunga cintaku













                                             

     
Saksikan aksi mohawk Bunga dalam Youtube yang telah di upload oleh Zilan

1 comment:

  1. semoga murah rezeki u hinata!.. berbaloi jaga Bunga. geram dan comeyyyy!! gambar nol 5 dgn 14 tu yg tak tahan! ahaks

    ReplyDelete