iklan

Thursday, April 21, 2011

Kucing Jalanan yang Comot bernama 'Bunga'

Best Blogger Tips

Bunga adalah kucing yang aku jumpa kat rumah kakak aku. Masa tu dia umur dalam 2 bulan. Kakak dan abang ipar memang suka kucing tapi kucing tak dibenarkan masuk dalam rumah sebab anak buah alegik dengan kucing. Diorang akan sentiasa letak makanan kucing kat luar. Kucing-kucing jiran dengan kucing liar pun tak putus berkunjung ke rumah diorang sebab sentiasa ada makanan. Kucing-kucing yang bertandang semuanya beradap sebab tak berak pun kat halaman rumah, kucing sekarang dah cerdik. Ok berbalik kepada Bunga ni, diala satu2nya kucing paling kecik....dia langsung tak takut dekat kucing2 besar, comel tapi comot. Bulu dia dah melekit dengan minyak hitam, comot sangat tapi garang dengan kucing2 yg lain tak padan kecik. Sebab kagum dengan keberanian dia dan color oren yang cantek tu, aku rembat masuk dalam kotak hehehe. Aku tanya dulu kakak aku kucing sapa, dia kata kucing liar takdak tuan. Masa tu aku berharap sangat Bunga ni jantan leh jadi otai kepada Oggie dan Cuit tapi huhuhu dia betina jugak.
Rupa Bunga masa mula-mula datang....dia ni bukannya reti takut dengan Oggie n Cuit, yang si Cuit ni dok buat bunyi tedung kat dia, Bunga buat dek je xlayan langsung kat Cuit hahahaha.....

Inilah rupa budak baru lepas mandi...senang je nak mandikan dia, just mandi dalam sinki je sb kecik lagi besar tapak tangan je

Masa ni walaupun dia buat dek depan semua orang dan kucing tapi sapa tau gelodak dalam hati dia kan....setiap kucing mesti takut bila keadaan baru disekeliling dia


Dah mandi cantek2 bau pun wangi...kenyang makan....terlentokla atas riba orang. Nyenyak je kau tido sayangku

Time makan lak kami bagi dia makan nasi gak sikit campur dengan biskut sebab dia dah biasa makan nasi sebelum ni kan so pelan2 la changing


Bunga cepat je membesar bagaikan juara...dialah buah hati kesayangku kini hahaha....
Oggie dengan Cuit dah jadi anak kesayangan mr. azam kan



Bunga sangat aktif dan paling banyak akal. Memang dengar ramai orang cakap kucing kampung ni lebih cerdik berbanding kucing jenis persian ni. Mana tak cerdiknya, kami kurung dia dlm cage tetiba dia pandai bukak selak kt cage tu sendiri dan lepas keluar. Kalau dia nk masuk bilik, dia akan panjat meja tepi tombol pintu dan dia akan tolak tombol pintu sampai terpusing. Bila dok dalam bilik pagi2, dia akan perhatikan aku siap nak p keja...dia nampakla aku dok tolak tarik pintu almari ambik baju. Agak aku khusyuk bermake-up, dia akan tolak pintu almari dengan badan dia sampai pintu tu terbuka. Lepas tu aku tercari2 la dia, macam mana tah rasa nak ambik barang dalam almari tetiba dia dok seketoi dalam almari diam je sambil mata terkebil2 pandang aku. Konon macam puss dalam cita shrek


Bunga suka minum susu lepas makan iams
Bergurau senda dengan kakak Oggie, dia macam biasala kucing lain yang cuak dekat dia walaupun baru kitten
Menguap tak sedar diri

Badan banyak sangat hama dan kutu so, takleh jilat badanla sebab dah letak racun kat bulu tu

Kucing banyak akai macam nila tiru aksi manusia berbaring

Cuit jealous je nak naik atas riba jugak. Bila Bunga dah naik tido atas riba kucing lain memandang je dengan sayunya hehehe....

Bab tengok tv diala no.1 barisan paling hadapan....sungguh menghayati watak dalam tv tu

Orang dah sedia air dalam bekas air kucing, dok cari air dari sumber lain jugak


Inilah gaya tak sedar diri dah gemuk tapi berusaha masuk dalam celah bedah tu

Tak sangka aku cepatnya dia dah jadi gemuk....panggilan sekarang 'Dak Mok'

Tido atas riba mr. azam
Dia ni jealous dok tengok Oggie dan Cuit dok menyusukan anak masing2, bila Oggie dan Cuit keluar, dia lak nak menggantikan tempat

We are happy family

Aku dan Bunga cintaku













                                             

     
Saksikan aksi mohawk Bunga dalam Youtube yang telah di upload oleh Zilan

Wednesday, April 20, 2011

Kucing yang terbuang.....CUIT

Best Blogger Tips
masa ni dia tengah jilat badan dia pastu aku ambik handphone snap gambar dia, tu yang muka terkejut je...'CUIT PEROT BONCIT'

Entry kali ni untuk kucing bernama Cuit. Cuit ni sebenarnya kucing buangan hehehe.....jangan salah faham. Kawan kepada mr. Azam iaitu tuan pertama Cuit baru dapat baby, dan dia minta kitorang tolong jaga Cuit selama setahun sementara anak dia besar sikit, dia ambik balik Cuit. Cuit kali pertama datang rumah, kucing paling sombong dan dengan Oggie asyik bunyi macam ular tedung je selama berbulan-bulan jugakla. Oleh sebab dia tak boleh baik langsung dengan Oggie, dia kena kurung dalam cage jela. Cuit memang stress dan boleh nampak dari sinar mata dia, dia memang tak suka pindah ke rumah kami.


 Setiap hari dia murung je takut gak sebab kucing pun boleh depress, aku agak masa ni dia memang rindu gila kat tuan dia. Dia ni kucing yang bijak, kalau kita cakap dengan dia.....dia memang pahamla. Mesti dia tak paham sebab apa tuan dia buang dia dah tu si Oggie ni selalu dok menyibok tepi cage dia sebab Oggie xcited dapat kawan baru. Setiap masa Oggie akan perhatikan Cuit dalam cage....muka pun teruja habisla macam dalam gambar ni. Tak tahan dah tengok muka dia cenggini setiap hari tengok Cuit...tu yg snap muka aksi teruja hehehe.....


sampai tersandar tepi dinding...dah penat gamaknya

 Memandangkan Cuit dah semakin selesa dan tak buat bunyi 'tedung' kat Oggie, kami pun lepaskan dia keluar berkawan dengan Oggie. Walaupun dia dah selesa dengan Oggie tapi dia tetap tak boleh terima kami....setahun lebih gak kami tak boleh sentuh dia apatah lagi kalau nak dukung dia




Kalau dah boleh tido macam ni memang confirm la dah tak depress lagi




Tengok...kan dah boleh berkawan pun, siap jadi best friend forever lagi. Dulu kemain buat malu2 kucing...haha nama pun kucing


Kemana saja mesti bersama....makan bersama...tido bersama....dah la dua2 betina

Kucing acrobatic

Ni kat RnR tuan nak balik kampung nun jauh kat utara....takkan nak tinggalkan hampa dua ekoq dok rumah plak kan. Driver berenti makan jap....anak2 'ying yang' ku duduk bebaik ye dalam tu jangan stress2


Lebih setahun jugak la Cuit bersama kami, dia tak boleh dipegang langsung. Last2 aku try slow talk dengan dia sambil merenung ke anak mata dia yang cantek tu, aku cakap "Cuit...apasal Cuit tak boleh get along lagi dengan kami?kan kami yang bagi makan Cuit, sedia tempat berak n tempat tidoq 1st class punya. Boleh tak terima kami sebagai tuan Cuit?"Percaya atau tidak....believe it or not! lepas slow talk dengan dia macam tu, dia dah boleh dipegang malah boleh dibelai dan percaya lagi! aku boleh dukung dia selama 2 minit je limit dia bagi...ok la kan dari sebelum ni. Aku pun hairan gak dengan situasi macam ni, terus aku godek2 mr. gogo cari maklumat pasal manusia bleh ke cakap dengan haiwan..then terjumpa la link yang menarik ni.

















Lepas beberapa seketika, masing2 dah gatal nak kawin....kami pun carikan jodoh yang sesuai buat 2ekoq ni. Jantan yang bernama Bobo berketurunan persian menjadi pilihan, maka bermadula 2 ekoq ni selama seminggu je. Hasil hidup bermadu dengan Bobo, Cuit dikurniakan cahayamata seramai 6ekoq....sekoq mati sebab Cuit tak susukan dan sekoq mati semasa proses kelahiran. Agak2 sapa bidan diorang?mestila mr. azam yang membidankan 2ekoq ni beranak.

Sunday, April 17, 2011

Sejarah aku dan kucing

Best Blogger Tips
Dulu masa kecik-kecik dulu memang kami satu family sayang kucing, kiranya kucing ni memang sentiasa ada kat rumah sampai berpuluh2 kot. Walaupun dulu hidup susah tapi rezeki tak pernah putus...mungkin sebab setiap hari kami bagi makan kat kucing. Tengokla bila time xdak makanan apa, bagi kucing makan nasi gaul dgn minyak ikan jela janji kucing dapat makan gak. 
Pastu ada satu peristiwa masa aku dok tmn nuri dulu, adalah kucing terbiar datang rumah....mcm biasalah aku ni pantang jumpa kucing mesti nak gosok2 badan dia. Tengah syok2 gosok badan dia, dia pun sampai terlentok2 tetiba dia mengamuk....dia cakar dan gigit tangan kanan aku. Panik jugak la sb aku tergaman dia buat mcm tu dengan tetiba darah pun leleh2 sebelah tangan. Kebetulan masa tu kakak aku doktor tu ada kat rumah, dia suruh aku bukak air kuat dan tadah tangan yang luka tu bawah air sambil picit2 tangan bagi keluar lagi darah selama 45minit...lama jugakla sampai tangan aku dah jadi kebas. Aku tanya dia kena cucuk ke tak, dia tengok tangan aku, dia kata xpa sapu iodin n balut sikit je. Ok la sebab dia doktor aku ikut jela cakap dia. Memang dalam jugakla cakaran dia sampai sekarang walaupun dah 7tahun berlalu, tangan aku still ada parut gigitan dan cakaran kucing tu. Sejak tu aku dah jadi fobia dengan kucing sampaikan mana je aku jumpa kucing aku jadi takut nak dekat. Bukannya tak suka atau benci tapi takut kena serang dgn kucing lagi.

Oggie kucing pertama yang aku bela

Best Blogger Tips


Sejak berpindah ke Klang Valley, aku decide nak adopt kucing. Kucing pertama yang aku adopt namanya Oggie, ambik dari kawan kepada kawan Mr. Azam.
masa umur 3 bulan, sangat aktif
 Oggie ni bread persian mix bengal, fizikal dia nampak persian tp perangai dia lebih kepada bengal. Ramai yang tak caya apasal persian ni garang sangat n perangai dia pun agak liar....dengan tuan sendiri pun dia cakar. Yela persian selalunya 'mandom' dan manja je aksinya, ini tidak...ada mood nak manja xyah panggil dia mai sendiri duduk atas riba orang tengah tengok tv...nanti bila moody lak nak pegang sikit dah serkk bunyinya xsuka orang pegang.
Oggie terlalu manja dengan mr. azam, nak drive pun susah asyik nak berkepit je dengan tuan kesayangan dia ni

Buat muka sedih nak ikut orang keluar...keciannya sayang

Walaubagaimanapun Oggie ni kucing baik, dia ni macam mengalu-alukan kucing lain tinggal sekali dalam rumah.  Dia tak pernah marah kalau ada kucing baru datang, kucing yang baru datang lak dok marah kat dia mula-mula dulu.
Sejak Cuit datang, Oggie dah mula tiru aksi Cuit buat acrobatic

penatnya....tido time

Masa ni Oggie pregnant tapi condition kesihatan dia tak berapa baik...asyik muntah dan bulu terlalu banyak gugur, tu yang kena jumpa vet jugak walaupun kami dua penat time ni, bulan posa lari p vet jap time lunch hour

Oggie...oggie...leh tido kat mana2 saja

katak hitam

Pebenda hitam kat atas tangga ni......rupa2nya

 Cak....
Oggie pernah kawin dulu dengan bobo bread persian. Hasil perkahwinan dapat anak 4ekor tapi sayangnya anak2 dia 3ekor mati sebabnya tanya vet masalah genetik cuma Puppy je yang survive.